bismillah Pictures, Images and Photos

Friday, July 8, 2011

.:. penyuci jiwa .:.


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Tuesday, July 5, 2011

.:. CinTa SucI ZulaikHa bUat YusoF A.S .:.


Tuhanku...
Seandainya telah Kau catatkan
dia milikku...tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi dan
Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam pelayaran hidup ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku...
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku...
Dan peliharalah diri ini daripada rasa kecewa
Ya Tuhan yang Maha Pengasih
Berikan aku kekuatan
Melontar bayangnya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku rasa bahagia
Walau tanpa dirinya
Dan Tuhanku yang Tercinta
Gantikanlah yang telah pergi
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Wujudkanlah kembali yang telah hilang
Meskipun tiada yang serupa dengan dirinya
Jika benar cinta itu sejati
Maka...bebaskanlah ia
Jika benar cinta itu suci Ia akan datang dengan sendirinya
Tetapi...jika ia pergi
Dan tidak berkunjung lagi
Maka...anggaplah cinta itu tidak wujud
Sejak dari awal lagi...

Sunday, July 3, 2011

.:. SeTitiS eMbuN pENyejuk HaTi .:.

.:. Kalimah Indah... Penyejuk Hati dari seorang Teman .:.

Disaat hati sedang bergelonjak, meratap rase pilu......
Hadirnye teman-teman penguat semangat....
Wajah anak-anak yg mengharapkan ilmu dari aku....
Menyelitkan sedikit kekuatan agar aku terus berdiri....
Terima kasih temanku....Najihatul Izzatie Sapuan....
Walaupun jauh... dan hampir dengan gerbang bahgia...
Kamu tetap ingat... dan membuatkan aku rase kamu dekat.....

Wahai hati yg sdg b'sedih:
*beramallah krn Allah agar keringatmu x sia2.. Jgn hentikan amalmu krn banjir airmata kecewa yg mghalang jalanmu.. Allah x p'nah luput hitunganNya.. Dia akan mengangkat darjat setiap hamba yg jatuh lalu bgn smula menyempurnakan pngabdian kpdNya.. ;-)

Wahai jiwa yg sdg layu:
* pnjgkanlah sujudmu di malam2 sunyi.. Agar kau tahu bhw keindahan tetap b'semayam di hati 0rg yg m'dpt cinta Ilahi.. Menangislah sepuasnya saat hanya ada kau dan Dia.. Adukan segala resahmu sb Dialah yg memiliki setiap jwpnnya.. ;-)

Wahai pemilik hati yg patah:
* ''...yg kau syg selalu shj menerbitkan kesedihan di hatimu...''
Percayalah bhw cinta dpt disemai di mana shj.. Jika hati diumpamakan spt pintu, adalah wajar jika adakalanya kte mengetuk pintu yg salah.. Tapi, insyallah, kau akan menemukan pintumu yg sbnr, asalkan hanya dgn meminta pd Dia yg menebar cinta.. ;-)

Wahai hati yg sdg t'luka:
* jgn pernah hentikan lantunan ayat2 cinta.. Skalipun suaranya tenggelam dtelan riuh desakan airmata.. Kau x kan pernah tahu siapa yg akan t'ubat dgn lantunanmu, maka teruskanlah nyanyian sucimu.. ;-)

Wahai sahabatku yg dicintai Allah:
* hidup ini hanya p'mainan yg harus kte mainkan dgn b'sungguh2.. Maka, x ada gunanya b'lama2 dlm duka.. Duka yg b'tahun hanya akan membuatmu buta akn byknya kebahagiaan yg Allah sajikan kpdmu.. Duka yg kau genggam akan m'buatkanmu jauh dr rasa syukur..;-)