bismillah Pictures, Images and Photos

Thursday, July 15, 2010

My BeLoVeD FaMiLy


My happy family.....
Emak, abg amin, akak, abg ajak n me....
Thanks God, u give me all of them...

Walau hidup ini tak seindah yang diharapkan...
Kita semua masih tetap saling menyayangi....
Walau kita tak selalu bersama....
Kita masih bersatu dalam hati yang ikhlas....

Walau kita hidup tanpa seorang ayah....
Kita semua mampu untuk bernafas....
Walau hati ini pilu....
Kita masih mampu tersenyum dan tertawa...
Kita mampu harungi segala dugaan hidup...
Dengan berdiri diatas kaki sendiri....
Kita mampu mencari dan mengenal erti hidup...
Walau kurang kasih sayang....
Kita tetap mampu merasakan kebahgiaan...
Walau dirasakan hidup ini perit....
Kita tetap mampu kecapi kejayaan....

Emak....
Terima kasih....
Kerana kekuatanmu, aku menjadi kuat....
Kerana ketabahanmu, aku menjadi tabah....

Abang Amin....
Terima kasih....
Kerana mengajarku erti sebenar hidup....
Kerana mengajarku apa itu tanggungjawab...

Akak....
Terima Kasih....
Kerana kau membuatkan aku rasa....
Kewujudan ku ini dihargai....
Kerana kau membuat aku rasa....
Aku tidak bersendirian....
Kau juga mengajar ku, erti ketabahan....
Membuatkan aku, rasa dimanja...

Abang.....
Terima Kasih....
Kerana kau memberikan aku rasa...
Kasih sayang seorang abang....
Kerana kau membuatkan aku rasa....
Aku adalah insan yang disayangi....

Ya Allah....
Semoga segala ujian yang kau beri pada kami...
Akan kami tempuh dengan tenang....
Semoga segala kesakitan yang ditanggung....
Membuahkan kebahgiaan yang tidak terkira....
Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, July 14, 2010

My BeLoVeD MuM


Ibu tercinta..... Puan Rafiah Binti Md Tahir.....
Lahir pada 3 Disember 1946
Melahirkan aku pada 20 Disember 1987...
Thanks 4 everything mum..... I love u so much....

Jasa dan kasih sayang mu
akan ku kenang dan bawa hingga ke akhir hayatku....
Terima kasih kerana berpenat lelah membesarkanku....
Terima ksih kerana memberiku didikan
yang cukup buat bekalan hidupku....
Terima kasih kerana tidak pernah jemu
menasihati dan mendoakan ku...
Terima kasih kerana mendoakan
kejayaan dan kebahgiaanku setiap masa....
Terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk ku....
Terima kasih kerana memberiku kasih sayang
senyuman dan belaian yang cukup....
Kau lah ibu dan kau lah juga bapaku....

Ibu....
Sesungguhnya diri ini amat menyintaimu....
Sesungguhnya aku amat menyanjugimu......
Dan ku ingin kau tahu.....
Bahawa aku tidak ingin untuk hidup tanpamu disisi....

Ibu.....
Doaku agar kau sentiasa tenang....
Ku harap segala duka dan luka mu itu
terubat dengan kebahgiaan yang abadi....

Ya Allah....
Andai diberi kesempatan....
Inginku tunaikan segala keinginan ibuku.....
Andai ku diberikan peluang.....
Inginku korbankan segalanya buat ibu.......