bismillah Pictures, Images and Photos

Thursday, July 15, 2010

My BeLoVeD FaMiLy


My happy family.....
Emak, abg amin, akak, abg ajak n me....
Thanks God, u give me all of them...

Walau hidup ini tak seindah yang diharapkan...
Kita semua masih tetap saling menyayangi....
Walau kita tak selalu bersama....
Kita masih bersatu dalam hati yang ikhlas....

Walau kita hidup tanpa seorang ayah....
Kita semua mampu untuk bernafas....
Walau hati ini pilu....
Kita masih mampu tersenyum dan tertawa...
Kita mampu harungi segala dugaan hidup...
Dengan berdiri diatas kaki sendiri....
Kita mampu mencari dan mengenal erti hidup...
Walau kurang kasih sayang....
Kita tetap mampu merasakan kebahgiaan...
Walau dirasakan hidup ini perit....
Kita tetap mampu kecapi kejayaan....

Emak....
Terima kasih....
Kerana kekuatanmu, aku menjadi kuat....
Kerana ketabahanmu, aku menjadi tabah....

Abang Amin....
Terima kasih....
Kerana mengajarku erti sebenar hidup....
Kerana mengajarku apa itu tanggungjawab...

Akak....
Terima Kasih....
Kerana kau membuatkan aku rasa....
Kewujudan ku ini dihargai....
Kerana kau membuat aku rasa....
Aku tidak bersendirian....
Kau juga mengajar ku, erti ketabahan....
Membuatkan aku, rasa dimanja...

Abang.....
Terima Kasih....
Kerana kau memberikan aku rasa...
Kasih sayang seorang abang....
Kerana kau membuatkan aku rasa....
Aku adalah insan yang disayangi....

Ya Allah....
Semoga segala ujian yang kau beri pada kami...
Akan kami tempuh dengan tenang....
Semoga segala kesakitan yang ditanggung....
Membuahkan kebahgiaan yang tidak terkira....
Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment